Monday, September 3, 2012

ADA DUKA YANG SINGGAH

HARI NI ma berada di KL
Untuk apa, nanti ma ceritakan pada n3 yang akan datang yer…!?

SEPERTIMANA yang ma dah katakan pada n3 yang lepas
berita kembalinya ke rahmatullah sahabat ma dipagi raya itu
disusuli pula  dengan 2 lagi berita sedih.

Mari ma ceritakan dulu tentang berita kemalangan
yang menimpa WAN MUHAMMAD AZAMUDIN B CHE ROS.

Cucu kepada sahabat baik ma Che Bunga
yang baru berusia 15 tahun itu telah kemalangan
dengan motor yang dinaikinya sendiri.
Dikatakan motornya itu terlanggar lubang kerana nak mengelak
dari sebuah kereta.

Untuk info… W.M.Azamudin baru saja kehilangan ayahnya
akibat kemalangan dilanggar mat rempit pada tahun lepas.
Klik DISINI untuk mengimbas kembali kesahnya.

Akibat dari itu, badannya telah terhempas pada pasu bunga besar
yang menjadi hiasan pada sebuah balairaya.
Pasu besar itu pecah.

Dan yang lebih menyedihkan
organ hatinya juga pecah dan
buah pinggang sebelah kanannya terputus.

Sejak Khamis 23hb Ogos kemalangan itu.
Pegawai Perubatan di HSNZ berusaha untuk menyelamatkannya
dengan membuat 3 kali pembedahan pada setiap 48jam 
untuk mencantum balik hatinya….

Setelah 9 hari di ICU dalam keadaan koma
hari ke10, dia mula sikit2 sedar dan menunjukkan reaksi apabila dipanggil
namanya…..

Malangnya, implikasi dari hati dan buah pinggangnya itu
seluruh tubuhnya membengkak.
Dan terlebih malangnya lagi
buah pinggang yang hanya tinggal sebelah itu
rupanya juga sudah rosak dan kehilangan fungsi….

Mendengar berita ni, ma jadi sedih dan sebak.
Maklumlah persahabatan kami  bukan setakat kami sahaja
malah anak2 dan cucu2 kami pun turut berkawan bersama2.
Apalagi membesarnya didepan mata ma….

Marilah sama2 kita mendoakan agar Allah memberi peluang
kepadanya agar dia dapat meneruskan kehidupan ini.

 

~Masih dalam Tingkatan 3, SMK Tengku Bariah, K.Trg.~

Ma juga nak mengucapkan takziah atas satu lagi kehilanganan
dari keluarga anak saudara ma Raja Aziz Raja Mat
pada 28 hb Ogos 2012 yang lalu
atas kembalinya ke rahmatullah isteri tercintanya.

photo

~Raja Aziz, isteri dan anaknya Raja Anis Azirah~

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan terhimpun dalam
kalangan para solihin dan ambia.
Alfatihah….. Amiiin.